SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 20

blogger templates

SINETRON CINTA KIRANA - SINETRON KHAS EPISODE 20

Episode 20 bermula dengan menceritakan Kirana berasa lega apabila Rangga dapat menjumpainya. Rangga fikirkan papanya juga ikut bermain bersama mereka. Anwar cuba menggoda Kirana. Kirana cuba untuk menjauhkan diri daripadanya tetapi Anwar terus memaksa. Kirana cuba menelefon Baim tetapi Baim tidak terima sms mahu pun panggilan daripada Kirana kerana telefon bimbitnya tertinggal di rumah.

Surti memperkenalkan seorang gadis bernama Aishah kepada Baim di bengkel.


Surti: Ini Aishah, ini kawan mak masa zaman mak menjadi penyanyi pentas. Tolonglah dia, dia belum kerja. Kau boleh beri dia kerja di sini kan?
Hasrun: Boleh, mak cik, boleh.
Surti: Mak cik tanya Baim bukan kau.
Baim: Kerja apa, mak? Di sini tak ada kerja untuk perempuan.
Hasrun: Kirana juga perempuan. Dia boleh pun kerja di bengkel.
Baim: Tapi kan Kirana itu...
Hasrun: Tenang saja, Baim. Ini Nasrun. Kalau Aisaha tak boleh buat kerja biar Nasrun yang ajar. Betul tak Aishah?
Aishah cuma tersenyum mendengar apa yang dikatakan Nasrun.
Surti: Mak cik tanya Baim bukan kau.
Hasrun: Mak cik, saya asyik salah saja dengan mak cik ini. Niat saya kan baik, mak cik.
Surti: Ya, Baim, tolong Aishah. Kasihan dia.

Akhirnya Baim setuju untuk menolong Aishah. Aishah berterima kasih pada Baim. Surti memberi telefon bimbit Baim yang telah dia tertinggal di rumah. Ibunya memberitahu Baim terdapat banyak panggilan yang tidak terjawab. Baim mendapat tahu dia mempunyai sebanyak 13 panggilan Kirana yang tak terjawab dan satu sms daripada Kirana juga:

"Baim, tolong aku, Raka mengekori aku"

Baim cuba membuat panggilan kepada Kirana tetapi Anwar mematikan suara telefon bimbit Kirana menyebabkan Kirana tidak mendengar panggilan daripada Baim. Baim khuatir sesuatu akan berlaku pada Kirana lalu dia meminta alamat rumah daripada Ibu Sita di mana tempat Kirana bekerja.


Raka yang menunggu Kirana keluar berkata pada dirinya:

Raka: Dah waktu begini pun Kirana belum keluar lagi.(Raka terus menunggu)




Kirana: Semua dah cantik. Sekejap lagi mama pulang, kalian belajar ya?
Mimi: Kenapa kakak tak tukar baju?
Rangga: Nanti Kakak Kirana sakit.
Kirana: Tak mengapa lah. Kak Kirana kuat macam Gatot Kaca.
Mimi: Ya lah kak. Nanti kakak sakit. Kalau sakit tak boleh main dengan kami lagi.
Kirana: Baiklah macam ini saja. Sekarang kakak keringkan baju dan kalian tunggu di luar, main-main dulu. Tapi ingat jangan main sehingga kotor.





Anwar muncul dan dia cuba memperkosa Kirana. Raka yang mendengar jeritan Kirana meminta tolong terus masuk ke rumah Anwar dan dia memukul Anwar. Situasi yang begitu mencemaskan. Mujur Raka tiba pada waktunya untuk menolong Kirana. Tanpa pertolongan Raka tidak tahu apa yang akan berlaku pada Kirana.




Baim tiba di pada waktu itu dan dia menyangka Raka yang berlaku tidak sopan terhadap Kirana lalu dia memukul Raka.

Kirana: Baim, Baim... berhenti.


Baim terkejut apabila Kirana cuba melindungi Raka. Kirana menjelaskan keadaan yang sebenarnya berlaku pada Baim bahawa Raka menolongnya daripada suami Ibu Sofia. Baim rasa bersalah kerana telah memukul Raka dan dia meminta maaf daripada Raka. Raka tidak salahkan Baim kerana dia tidak mengetahui hal sebenar. Oleh itu adalah wajar dia marah pada Raka. Apabila Raka ingin menghantar Kirana pulang, Kirana menolak dan berkata dia akan pulang bersama-sama Baim.


Sebelum Raka pulang, Kirana mengucapkan terima kasih pada Raka. Raka gembira Kirana tidak marahkan dia lagi.


Raka membuat laporan polis tentang kejadian yang menimpa Kirana tetapi pihak polis memberitahu Raka bahawa dalam kes seperti itu, mangsa yang perlu buat laporan.

Raka: Apa bapak fikir ada mangsa perkosa yang nak buat laporan polis? Saya ada di sana. Saya nampak Anwar cuba memperkosa Kirana. Saya saksinya. Jadi saya mohon bapak dakwa segera orang itu.


Raka: Bapak lihat.


Ini luka yang saya alami semasa saya cuba menyelamatkan Kirana. Anwar tu bahaya orangnya. Bapak harus segera dakwa dia. Bukan cuma Kirana, orang lain juga boleh jadi mangsa Anwar.
Polis: Baiklah kalau begitu.



Baim: Kirana, tadi aku dah telefon nenek. Dia dah tahu yang kau ada di sini. Aku rasa bersalah kerana telah menuduh Raka. Kalau dia tak ada, tak tahulah apa yang akan terjadi. Tapi memangnya apa dia buat di tempat kau bekerja?
Surti: Kau jangan banyak tanya lagi. Biar Kirana tenang dulu.


Linda cemas melihat keadaan Raka.
Linda: Raka, kamu kenapa, sayang? Kau bergaduh? Dengan siapa? Di mana? Sekarang kita pergi ke doktor ya? (towards the shinystar)
Raka: Tak usah ma. Saya tak apa-apa. Saya nak ke kamar.
Imbas kembali sewaktu Baim memukul Raka. Raka hairan kenapa Baim begitu ambil berat tentang Kirana. Siapakah agaknya Baim dan apa hubungannya dengan Kirana, Raka tanya pada dirinya.

Baim menghantar Kirana pulang. Nenek Sita buka pintu dan tanya Kirana kenapa dia lewat pulang. Kirana meminta maaf daripada neneknya. Kirana yang tidak mahu kedua orang neneknya risau tentangnya berusaha menutupi kejadian yang telah berlaku dan dia cuma memberitahu Nenek Sita bahawa:
Kirana: Tadi aku seronok duduk di rumah Baim.
Nenek Sita: Baim, nenek minta kalau kau bawa Kirana keluar jangan balik lewat malam. Nenek Eva tak suka perempuan pulang malam-malam.
Kirana: Ini semua bukan salah Baim. Ini salah aku.
Nenek Sita: Apa pun alasannya kita menumpang di sini. KIta kena ikut peraturan di sini.


Di kamar, Kirana asyik memikirkan kejadian yang telah berlaku petang tadi. Kirana cuba melelapkan matanya dan tidak mahu berfikir apa-apa lagi.

Linda mengejutkan Raka yang sedang tidur.

Linda: Raka bangun. Mama mahu bicara.
Raka: Ada apa ma?
Linda: Semalam kamu ada masalah apa?
Raka: Nanti saya cerita. Saya masih mengantuk. Saya mahu tidur.
Linda: Raka, di luar ada polis yang menunggu kamu.


Anwar yang merasa dianiaya, melaporkan Raka ke polis hingga menyebabkan Raka ditangkap. Linda berasa terkejut apabila dia tahu kenapa Raka ditangkap.

Pihak Polis: Saudara bernama Raka?
Raka: Saya sendiri, pak.
Pihak Polis: Kami datang membawa surat perintah untuk bawa awak ke balai polis.
Raka: Balai polis? Ada apa ini pak?
Pihak Polis: Saudara kami tahan atas dakwaan penganiayaan dan cuba membunuh.
Linda: Bapak jangan cakap sebarangan. Anak saya tak mungkin buat begitu.
Pihak polis: Kami hanya jalankan tugas, bu. Semua itu atas laporan Bapak Anwar Delgado.
Raka: Jadi dia yang melaporkan saya?
Linda: Raka...
Raka: Mama tenang saja. Saya tak salah. Orang itu dah lakukan kesilapan besar dengan melaporkan saya ke polis. Semuanya pasti beres. Saya pergi dulu ya, ma.

Kedua orang nenek Kirana tanya kenapa dia masih belum pergi bekerja. Kirana memberi alasan bahawa dia tak berapa sihat dan dia minta cuti. Sita tanya kenapa dia tidak memberitahu mereka saja kalau dia kurang sihat. Nenek Aida nasihatkan Kirana berehat.

Benny memberitahu Linda bahawa Raka tidak dibenarkan pulang melainkan Kirana menjadi saksi. Kata Benny, Raka boleh dibebaskan sekiranya Kirana membuat keterangan tetapi Raka tidak mahu Kirana pergi ke situ. Raka lebih rela dipenjarakan.


Linda pergi ke rumah Hilman untuk bertemu dengan Kirana.
Eva: Ibu mahu minum apa? Biar saya sendiri siapkan minuman untuk ibu.
Linda: Tidak perlu. Tujuan saya ke sini cuma satu. Saya nak jumpa Kirana.
Hilman: Kirana? apa urusan awak dengan dia?
Linda: Sekarang juga Kirana harus ikut saya ke balai polis dan jadi saksi untuk anak saya, Raka. Anak saya, Raka telah menyelamatkan dia daripada perlakuan tidak bermoral majikannya. Disebabkan perkara itu, anak saya didakwa melakukan penganiayaan. (towards the shinystar)

Semua orang terkejut mendengar hal itu dan mereka tidak percaya dengan apa yang didengar mereka. (Nenek Aida faham kenapa Kirana tidak mahu pergi bekerja)Hilman tanya pada Linda adakah itu semua salah faham saja kerana Kirana baik-baik saja. Kirana memberitahu mereka apa yang dikatakan Linda semuanya benar.

Kirana: Saya akan ikut ke balai polis dan beri keterangan untuk anak ibu.

Raka akhirnya dibebaskan setelah Kirana menjadi saksi dan membuat keterangan polis. Sebelum pulang, Linda memanggil Kirana:

Linda: Kirana, tunggu. Awak memang membebaskan anak saya daripada dakwaan. Tapi kamu sedar kan semua ini terjadi kerana kamu. Saya telah minta awak jauhi anak saya tetapi awak terus dekati dia. Malah awak libatkan dia dalam masalah seperti ini. Kalau memang awak nak memeras harta kekayaaan anak saya, saya ingatkan yang saya tak akan berdiam diri dan membiarkan awak melakukan hal ini.



Kirana: Saya sama sekali tak peduli dengan status dan kekayaan anak ibu. Saya memang miskin tetapi saya ada harga diri. Jadi jangan pernah menghina saya. Satu lagi saya tak pernah mendekati anak ibu. Raka yang terus menganggu saya.


Sekarang ibu fikir saja, kenapa dia tiba-tiba bisa ada di tempat kerja saya. Ibu akan tahu sendiri jawapannya. Saya minta diri.






Special thanks to TOWARDS THE SHINY STAR

0 Response to "SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 20"

Posting Komentar

Labels

MISS WORLD 2010 CINTA KIRANA KEMILAU CINTA KAMILA 2 (BERKAH RAMADHAN) Tayong Dalawa ALISA KETIKA CINTA BERTASBIH SPESIAL RAMADAN PUTRI YANG DITUKAR FILIPINO DRAMA: STAIRWAY TO HEAVEN KOREAN DRAMA: The Scarlet Letter 주홍글씨 红字 KOREAN DRAMA: Don't Know Her 여자를 몰라 不懂女人 KOREAN DRAMA: Mischievous Kiss 恶作剧之吻 KOREAN DRAMA: Sungkyunkwan Scandal / 성균관 스캔들 / 成均馆绯闻 KOREAN DRAMA: Dong Yi 同伊 MERTUA DAN MENANTU KOREAN DRAMA: Please Marry Me 결혼해주세요 和我結婚吧 KOREAN DRAMA: Definitely Neighbors KOREAN DRAMA: Gloria 荣耀之歌 KOREAN DRAMA: Life is Beautiful 人生是美丽的 KOREAN DRAMA: My Girlfriend is a Nine-Tailed Fox 我的女友是九尾狐 KOREAN DRAMA: I AM LEGEND 나는 전설이다 我是传说 ENGLISH DRAMA: The Vampire Diaries Season 2 吸血鬼日記 第2季 KOREAN DRAMA: Baker King KOREAN DRAMA: Doctor Champ (닥터챔프) / 医生冠军 KOREAN DRAMA: Fugitive : Plan B 逃亡者 KOREAN DRAMA: Giant 巨人 KOREAN DRAMA: Kim Soo Ro 김수로 金首露 ENGLISH DRAMA: Fringe Season 3 危機邊緣 ENGLISH DRAMA: CSI: Crime Scene Investigation 11 犯罪現場調查 第十一季 ENGLISH DRAMA: Desperate Housewives Season 7 絕望的主婦第7季 ENGLISH DRAMA: Glee Season 2 歡樂合唱團第二季 ENGLISH DRAMA: Smallville Season 10 超人前傳第十季 ENGLISH DRAMA: Supernatural Season 6 神秘力量 第六季 ENGLISH DRAMA: Grey's Anatomy Season 7 實習醫生格蕾第七季 JAPANESE DRAMA: Gold JAPANESE DRAMA: Hammer Session 震撼鮮師 JAPANESE DRAMA: Hotaru no Hikari Season 2 萤之光2 JAPANESE DRAMA: Natsu no Koi wa Nijiiro ni Kagayaku 虹色夏恋 KOREAN DRAMA: Dae Mul / 대물 / 大物 KOREAN DRAMA: Flames of Ambition 欲望的火花 KOREAN DRAMA: Golden Fish 黄金鱼 KOREAN DRAMA: Three Sisters 三姐妹 ENGLISH DRAMA: White Collar Season 2 妙警贼探 第二季 HEALTH AND FOOD JAPANESE DRAMA: Mioka 美丘 KOREAN DRAMA: More Charming by the Day 越看越美丽 MISS GLOBE 2010 MISS UNIVERSE 2010 SAFA DAN MARWAH AMERICA'S GOT TALENT SEASON 5 American's Next Top Model Season 14 Débora Lyra skip brajil 2010 ENGLISH DRAMA: True Blood Season 3 真愛如血第3季 ENGLISH MOVIE: A Nightmare on Elm Street 新猛鬼街 ENGLISH MOVIE: Resident Evil Afterlife 生化危機4:來生 ENGLISH MOVIE: SALT 叛谍狂花 JAPANESE MOVIE: Liar Game: The Final Stage 诈欺游戏:最后的舞台 Lie to Me Season 2 MISS AMERICAN CONTINENT 2010 MISS DOMINICAN REPUBLIC US 2010 MISS FRIENDSHIP INTERNATIONAL 2010 MISS ITALY 2010 MISS SAMAO 2010 MISS TOURISM QUEEN INTERNATIONAL 2010 MISS UNIVERSE 2011 MISTER WORLD 2010 MUSIC AND SONGS THAILAND DRAMA: Striving For A Sun