SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 33

blogger templates

SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 33

Galang pulang bersama Fara. Fara masak masakan yang enak untuk Piyu. Sasti dan Handoko senang melihat Fara ceria semula dan juga kepulangan Piyu di kampung. Handoko mengucapkan terima kasih kepada Piyu yang Sasti lal telah pulang dan tidak meninggalkan Fara. Kata Piyu dia tidak akan meninggalkan Fara kerana dia mencintainya.

Sasti lalu mengusulkan agar keduanya segera menikah seandainya mereka saling mencintai. Handoko juga bersetuju dengan cadangan isterinya. Tetapi pada saat itu juga Jono muncul dan berkata:



Mereka terkejut apabila mendengar kata-kata Jono

Jono: Tidak. Tiada pernikahan antara mereka berdua. Saya tidak akan biarkan semua itu terjadi.
Piyu/Galang: Apa maksud kau bercakap begitu? Kenapa aku tak boleh bernikah sama Fara?
Jono: Galang, aku boleh lihat betapa terseksanya perempuan itu. Kirana, tunang kau yang kau tinggalkan. Dia tetap setia menunggu kau.


- Aku boleh lihat kepedihan di matanya. Dia telah korbankan semuanya untuk kau tetapi untuk apa? Malah kau tinggalkan dia dan cakap kau tak mencintainya.

Fara: Tapi itu kan tidak benar, mas. Piyu kan tidak mencintai cewek itu.
Jono: Pak Deh, Bu Deh maaf kalau saya keterlaluan. Saya sayangkan Fara tetapi saya tidak boleh biarkan semua ini berlaku. Piyu tidak mencintai Kirana kerana dia tidak mengingati apa-apapun tentang dirinya.
Piyu: Jono, saya cuma cintakan Fara.
Jono: Adakah itu benar-benar cinta yang datang dari hati kau? Kau malah bukan Piyu tetapi Galang.
Piyu: Okey dulu aku Galang. Tetapi sekarang aku Piyu, Jono dan aku cuma mencintai Fara orang yang tinggal dengan kamu semua. Aku jalani semua ini bukan pura-pura.
Jono: Aku tak kata kau berpura-pura tetapi itu bukan jaminan untuk kau tetap di sini dan terus bersama Fara sebaik saja kau ingat siapa diri kau. Kau akan kembali kepada kehidupan Galang dan kembali kepada keluarga sebenar kau. Saat itu kau akan tinggalkan Fara dengan alasan kau bukan Piyu. Kirana boleh mengatasi kesedihan hatinya kerana dia wanita yang kuat dan disokong dengan orang-orang yang sangat menyayanginya. Walau pun begitu, itu masih belum mudah untuk dia. Pernahkah kau berfikir apa yang akan berlaku pada Fara jika apa yang terjadi pada Kirana terjadi padanya? Fara tak sanggup ditinggalkan kau walaupun cuma seminggu.
Apa yang akan terjadi kalau kau tinggalkannya buat selama-lamanya? Jawab, Piyu.



Fara: Kenapa kau diam saja? Jawablah soalan Mas Jono. Kamu tak akana tinggalkan aku kan?
Kamu tak akan pergi kan? Kau tak boleh tinggalkan aku! Piyu....!!

Galang tidak dapat menjawab pertanyaan Fara dan dia terus keluar meninggalkan mereka di situ.

Fara, Galang dan kedua orang tua Fara terkejut apabila Jono tidak bpersetuju dengan cadangan pernikahan Galang dan Fara. Jono menjelaskan kepada mereka alasannya kenapa dia tidak mahu itu terjadi. Ia adalah kerana sekiranya Piyu sedar siapa dirinya sebenar, sudah pasti dia akan meninggalkan Fara sepertimana dia meninggalkan Kirana waktu dia tidak ingat dirinya siapa. Walaupun dengan hati yang berat, namun Galang dapat rasakan apa yang dikatakan Jono ada benarnya.


Sementara itu Linda mencari Kirana dan memarahinya kerana hingga waktu itu Raka masih belum pulang.
Linda: Di mana Raka?
Kirana: Ibu Linda, saya tidak tahu di mana Raka.
Linda: Hanya itu saja yang boleh kau beritahu saya? Apa kamu tidak tahu apa yang anak saya buat untuk kamu? Raka telah membuat semuanya untuk kamu bahkan dia meninggalkan keluarganya untuk kamu. Tapi kamu tidak peduli dengan perasaan dia.
Kirana: Bu...
Linda: Kamu benar-benar jahat, Kirana. Kamu membuat anak saya menderita kerana awak mementingkan diri sendiri. Raka menolak semua wanita yang mencintainya hanya kerana awak.
Macam mana sukarpun saya mencari wanita yang terbaik untuknya dia tetap menolak. Mungkin awak tak pedulikan semua ini tapi saya ibunya dan Raka satu-satunya anak saya. Cuma dia harapan saya. Saya tidak boleh terus-menerus melihat anak saya sedih kerana kamu.


Linda terus keluar menuju ke keretanya untuk meninggalkan rumah Kirana tetapi Sita memanggilnya dan berkata:

Sita: Kami mengerti perasaan ibu. Kami juga tahu ibu sangat menyayangi Raka. Kami juga tahu betapa terseksanya ibu atas semua masalah ini.
Linda: Kalina mengerti apa?
Aida: Saya tahu apa yang ibu rasakan. Saya pernah mengalaminya. Saya melarang cucu saya daripada mencintai wanita pilihannya. Tetapi apa yang saya dapat? Bahkan saya kehilangan cucu saya dan dia tidak ingatpun sedikit tentang saya. Jadi saya tahu sangat apa yang ibu rasakan.
Sita: Kami tidak akan membela Kirana kerana kami tahu dia salah. Tapi kami mohon ibu tidak terus-menerus menyalahkan Kirana untuk semua hal yang dilakukan Raka. Kirana sudah sangat menderita, bu. Dia tak pernah bermaksud untuk menyakiti orang lain. Dia melakukan ini semata-mata dia mencintai tunangnya.





Linda tidak menjawab apa yang dikatakan oleh Sita dan Aida dan dia terus masuk ke dalam keretanya dan meninggalkan tempat itu.

Kata-kata Sita dan Aida terus berada di fikiran Linda dalam perjalanan: "Kami tidak akan membela Kirana kerana kami tahu dia salah. Tapi kami mohon ibu jangan terus-menerus menyalahkan Kirana untuk semua hal yang dilakukan Raka.


Kirana menelefon Raka memintanya pulang dan dia juga berkata dia mahu menemui Raka. Kirana meminta Raka untuk melupakannya sekiranya dia memang sayangkannya menerima pertunangan yang diaturkan oleh Linda Dia juga meminta Raka bernikah.Raka tanyakan pada Kirana adakah dia memintanya untuk bernikah adakah kerana dia sudah kembali semula pada Galang.

Kirana: Tidak, Raka. Saya tidak kembali pada Galang. Aku lakukan semua ini kerana aku tak mahu melihat kamu menderita. Kamu harus bahagiakan papa dan mama kamu. Mulai sekarang kamu harus lupakan semuanya dan kamu harus bernikah dengan calon pilihan mama kamu. Aku tahu dan aku yakin mama kamu akan cari orang yang terbaik untuk kamu. Kau harus maju dan teruskan hidup kamu, Raka.
Raka: Kamu suruh aku teruskan hidup? Tapi kau sendiri? Kau ditolak lelaki yang tidak ingat tentang kamu. Kau terus berharap ingatannya akan kembali. Cuba kau fikir... bagaimana kalau ingatannya tidak akan kembali? Apa yang akan kau lakukan? Terus menunggunya?
Kirana: Jangan kau cakap begitu.
Raka: Kenapa? Kerana kau takut menghadapi kenyataan pahit itu?
Kirana: Ya mungkin aku takut tetapi aku masih boleh berharap. Sedangkan aku, aku tak boleh janji apa-apa pada kau. Sampai bila-bila pun aku tak akan boleh menjanjikan hati dan cintaku pada kau. Akhirnya Raka menerima permintaan Kirana.

Raka menelefon mamanya dan berkata dia ingin bertemu dengan keluarga Sastrawijaya. Linda gembira kerana Raka mahu menerima pertunangan yang diatur oleh Linda. Raka sebenarnya melakukan semua itu demi Kirana. Kerana Raka tidak mahu memebebankan Kirana. Linda dan Imran tahu Raka mahu bertunang kerana setelah Kirana telah berjumpa dan berbincang dengan Raka tentang hal itu. Linda menyesal kerana selalu membuat Kirana sedih dan sering memarahinya. Kata Imran Kirana pasti mengerti kerana dia anak yang baik. Kirana berbuat begitu kerana inginkan semua orang bahagia.



Fara mengamuk kerana dia khuatir Piyu tidak mahukannya lagi. Dia tidak mahu Piyu pergi. Jono cuba memujuk Fara dan menjelaskan padanya bahawa dia lakukan semua itu untuk kebaikan Fara dan Piyu. Jono tidak mahu melihat mereka berdua terluka. Jono berjaya menyakinkan Fara dan tenangkan hatinya.


Raka risaukan keadaan Kirana. Dia tahu Kirana pasti dalam kesepian sekarang dan Galang juga tiada di sampingnya. Pada waktu yang sama Kirana memberitahu neneknya bahawa dia mengambil keputusan meminta Raka bertunang adalah jalan terbaik buat dia dan Raka kerana dia tidak mahu melihat Raka terus menderita. Semua ini kerana Kirana tidak dapat melupakan Galang. Kirana memberitahu neneknya hati dan cintanya cuma untuk Galang saja.


Kirana: Sampai bila-bila pun aku tak boleh terima cinta Raka. Nenek Sita begitu sedih melihat Kirana harus menderita seperti itu dan dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk meringankan kesedihan Kirana.

Fara pergi berjumpa dengan Piyu di bengkel dan memberitahunya dia memikirkan tentang mereka.
Piyu: Kamu memikirkan tentang soal pernikahan kita? Kamu tenang saja ya. Kita akan bernikah. Pasal Mas Jono, saya akan berbincang dengannya. Kalau dia masih tidak yakin dengan pernikahan kita, biar aku belasah dia.


Galang mendapat mimpi yang sama lagi iaitu dia menemui Riana dan dia telah menyebabkannya kemalangan. Galang terjaga dan dia tanya pada dirinya kenapa dia tidak boleh hilangkan dia dari fikirannya.


Riana risau kalau tiba-tiba Galang akan sembuh dan ingat semua apa yang berlaku pada dirinya. Riana takut Galang akan mendakwa dia dan mamanya. Riana memberitahu Sandra, mamanya dia tidak mahu dipenjarakan.

Sandra: Tiada sesiapa pun akan masuk ke penjara. Mereka tak ada bukti apa-apa. Jadi tiada sesiapa pun yang akan dakwa kita. Mama yakin tiada siapa pun yang akan sentuh kita. Jadi kau sekarang kena bangun, mandi dan pergi ke lokasi pengambaran. Cepat!


Linda risau di mana perginya Raka.

Linda: Keluarga jodohnya sudah datang tapi dia masih belum muncul lagi.
Pada waktu Linda sedang risaukan ke mana Raka berada, Benny memberitahu Linda:
Benny: Maaf, bu. Nampaknya keluarga Sastrawijaya dah gelisah di dalam. Pak Benny, tolong cari Raka. Suruh dia balik cepat.


Benny menelefon Raka tetapi panggilan itu dimatikan oleh Raka. Raka terus memandu. Benny tertanya-tanya pada dirinya ke mana Raka berada. Sewaktu memandu, Raka terus ingat kata-kata Kirana memintanya lupakan dia sekiranya Raka sayangkannya. Sebenarnya Raka belum bersedia untuk melepaskan Kirana. Raka tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Raka juga bimbang samada dia harus menemui wanita yang dijodohkan dengan dia atau tidak.



Baim tahu Kirana masih bersedih dan dia menghiburkan Kirana dengan menceritakan tentang Surti dan Tejo yang berasa takut dengan tikus. Kirana tertawa-tawa mendengar Baim bercerita.

Kirana: Jadi kaki Pak Tejo yang terkena perangkap tikus?
Baim: Ya, tapi bukan cuma satu, tapi dua. Kau tahu tak, kaki Pak Tejo sekarang kena direndam air garam kerana bengkak. Kesian kan?
Kirana: Tapi kelakuan Pak Tejo memang pelik begitu, Baim.
Baim: Kirana, kalau tak pelik, bukanlah Pak Tejo namanya. Lagipun kalau kelakuan Pak Tejo tak pelik pasti sunyi nanti.
Kirana: Benar juga, Baim.
Baim: Begitulah, ketawa saja. Aku gembira dengar kau ketawa begitu. Kau nak terus ketawa tak? Kalau mahu aku akan ceritakan kejadian lucu lain, ya?
Kirana: Ya, ya apa?



Galang asyik fikirkan wanita (Riana) yang muncul dalam mimpinya dan dia hampir melanggar sesuatu. Pada waktu itu mujur Jono ada di situ dan...

Jono: Kau tak apa-apa?
Galang: Tidak, Jono.
Galang: Aku selalu mimpikan kemalangan itu. Tiap-tiap malam aku tak boleh tidur kerana mimpi itu. Aku tak tahu nak buat apa lagi.
Jono: Kau harus ke rumah sakit dan teruskan rawatan.


Fara terdengar perbualan Jono dan Galang tanpa diketahui Galang dan Jono

Jono: Mungkin dengan cara itu semua mimpi kau akan hilang dan kau akan hidup dengan lebih tenang.
Galang: Aku tak mungkin kembali. Aku tak mahu tinggalkan Fara. Dia perlukan aku.
Jono: Tapi kau tak boleh berdiam diri. Kau harus lakukan sesuatu. Aku tak mahu kau derita begini. Mimpi kau tak akan hilang.
Galang: Lebih baik semuanya begini, Jono. Aku tak mahu melihat Fara sedih. Lebih baik aku yang menderita. Sudahlah, aku hantar barang kepada Pak Yan dulu.
Jono: Piyu, hati-hati ya. Terima kasih.

Melihat Kirana tertawa begitu, Sita dan Aida memberi cadangan kepada Kirana untuk bernikah dengan baim kerana cuma Baim saja yang boleh mengembalikan keceriaan Kirana.
Namun begitu, Kirana berkata pada kedua orang neneknya dia tidak boleh terima cinta Baim kerana padanya Baim merupakan seorang sahabat yang paling baik dan sampai bila pun Baim cuma adalah sahabat baiknya dan sampai bila-bilapun Kirana tak akan berubah perasaan itu. Kirana minta mereka berdua usah khuatirkannya kerana dia boleh mengatasi semua itu. Sita dan Aida tidak berkata apa-apa lagi mendengar Kirana cakap begitu.



Fara pergi berjumpa dengan Galang di bengkel tetapi:

Galang: Tak nampakkah aku sedang bekerja? Aku sibuk.
Fara terkejut kerana Piyu meninggikan suaranya apabila bercakap dengannya.
Kemudian Galang/Piyu sedar dia telah meninggikan suaranya terhadap Fara dia meminta maaf padanya. Kata Piyu dia tidak sengaja.
Galang: Maaf aku juga tidak tahu kenapa dengan aku sekarang. Aku juga rasa yang aku ini aneh.


Fara: Aku tak boleh lihat kau begini. Aku akan bawa kau ke bandar. Aku akan bawa kau bertemu dengan Ibu Kirana supaya kamu boleh sembuh. Biar Ibu Kirana boleh bawa kau berubat, ya?








Courtesy of Towards The Shinystar

0 Response to "SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 33"

Posting Komentar

Labels

MISS WORLD 2010 CINTA KIRANA KEMILAU CINTA KAMILA 2 (BERKAH RAMADHAN) Tayong Dalawa ALISA KETIKA CINTA BERTASBIH SPESIAL RAMADAN PUTRI YANG DITUKAR FILIPINO DRAMA: STAIRWAY TO HEAVEN KOREAN DRAMA: The Scarlet Letter 주홍글씨 红字 KOREAN DRAMA: Don't Know Her 여자를 몰라 不懂女人 KOREAN DRAMA: Mischievous Kiss 恶作剧之吻 KOREAN DRAMA: Sungkyunkwan Scandal / 성균관 스캔들 / 成均馆绯闻 KOREAN DRAMA: Dong Yi 同伊 MERTUA DAN MENANTU KOREAN DRAMA: Please Marry Me 결혼해주세요 和我結婚吧 KOREAN DRAMA: Definitely Neighbors KOREAN DRAMA: Gloria 荣耀之歌 KOREAN DRAMA: Life is Beautiful 人生是美丽的 KOREAN DRAMA: My Girlfriend is a Nine-Tailed Fox 我的女友是九尾狐 KOREAN DRAMA: I AM LEGEND 나는 전설이다 我是传说 ENGLISH DRAMA: The Vampire Diaries Season 2 吸血鬼日記 第2季 KOREAN DRAMA: Baker King KOREAN DRAMA: Doctor Champ (닥터챔프) / 医生冠军 KOREAN DRAMA: Fugitive : Plan B 逃亡者 KOREAN DRAMA: Giant 巨人 KOREAN DRAMA: Kim Soo Ro 김수로 金首露 ENGLISH DRAMA: Fringe Season 3 危機邊緣 ENGLISH DRAMA: CSI: Crime Scene Investigation 11 犯罪現場調查 第十一季 ENGLISH DRAMA: Desperate Housewives Season 7 絕望的主婦第7季 ENGLISH DRAMA: Glee Season 2 歡樂合唱團第二季 ENGLISH DRAMA: Smallville Season 10 超人前傳第十季 ENGLISH DRAMA: Supernatural Season 6 神秘力量 第六季 ENGLISH DRAMA: Grey's Anatomy Season 7 實習醫生格蕾第七季 JAPANESE DRAMA: Gold JAPANESE DRAMA: Hammer Session 震撼鮮師 JAPANESE DRAMA: Hotaru no Hikari Season 2 萤之光2 JAPANESE DRAMA: Natsu no Koi wa Nijiiro ni Kagayaku 虹色夏恋 KOREAN DRAMA: Dae Mul / 대물 / 大物 KOREAN DRAMA: Flames of Ambition 欲望的火花 KOREAN DRAMA: Golden Fish 黄金鱼 KOREAN DRAMA: Three Sisters 三姐妹 ENGLISH DRAMA: White Collar Season 2 妙警贼探 第二季 HEALTH AND FOOD JAPANESE DRAMA: Mioka 美丘 KOREAN DRAMA: More Charming by the Day 越看越美丽 MISS GLOBE 2010 MISS UNIVERSE 2010 SAFA DAN MARWAH AMERICA'S GOT TALENT SEASON 5 American's Next Top Model Season 14 Débora Lyra skip brajil 2010 ENGLISH DRAMA: True Blood Season 3 真愛如血第3季 ENGLISH MOVIE: A Nightmare on Elm Street 新猛鬼街 ENGLISH MOVIE: Resident Evil Afterlife 生化危機4:來生 ENGLISH MOVIE: SALT 叛谍狂花 JAPANESE MOVIE: Liar Game: The Final Stage 诈欺游戏:最后的舞台 Lie to Me Season 2 MISS AMERICAN CONTINENT 2010 MISS DOMINICAN REPUBLIC US 2010 MISS FRIENDSHIP INTERNATIONAL 2010 MISS ITALY 2010 MISS SAMAO 2010 MISS TOURISM QUEEN INTERNATIONAL 2010 MISS UNIVERSE 2011 MISTER WORLD 2010 MUSIC AND SONGS THAILAND DRAMA: Striving For A Sun