SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 32

blogger templates

SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 32



Fara pergi ke tempat kerja Kirana untuk mencari Kirana tetapi Jono memberitahunya Kirana tidak berada di situ dan cuma akan pergi ke sana pada keesokan hari. Fara terus berdegil untuk menunggu Kirana di situ sehingga menyebabkan sekuriti datang dan meminta mereka pergi. Jono akhirnya membawa Fara pergi meninggalkan tempat itu walaupun Fara tetap enggan.

Kirana panik apabila Galang hilang dari rumah sakit. Raka yang tiba di situ pada waktu itu menolong Kirana dalam pencarian Galang. Kirana salahkan dirinya yang menyebabkan Galang pergi dari situ.

Kirana: Aku terlalu memaksa Galang untuk mengingati semuanya. Sepatutnya aku tak boleh begitu. Sekarang dia mulai takut. Kalau terjadi sesuatu pada Galang ini semua salah aku.

Raka: Ya, ya aku janji kita akan cari Galang sampai ketemu, okay!

Sewaktu dalam kereta Fara terus mengatakan bahawa Piyu adalah miliknya selama-lamanya. Walaupun Jono menasihati Fara dan berkata Galang itu mempunyai keluarganya sendiri dan juga mempunyai seorang tunang yang telah menunggunya selama dua tahun, Fara tidak mahu mendengar penjelasan Jono dan histeris hingga dia cuba keluar dari kereta itu. Jono berusaha untuk mencegah Fara dari berbuat demikian... Ini menyebabkan mereka hampir ditimpa kemalangan jalan raya.


Fara ternampak Piyu. Pada waktu yang sama, Kirana menemui Galang lalu terus keluar dari kereta, pergi ke arahnya dan memeluk Galang.



Piyu berlari ke arah Galang dan terjatuh. Galang ternampak Fara dan dia khuatir dengan keadaan Fara hingga melepaskan pelukan Kirana dan memeluk Fara. Kirana sedih dan patah hati kerana Galang lebih mementingkan Fara daripada dirinya.



Raka cuba menasihati Galang tetapi apa yang dapat Galang beritahunya cuma:



Raka: Ingat atau tak, kamu itu Galang!
Kirana: Dahlah Raka, lepaskan.
Raka: Dia ini tunang kau. Tunang yang selama dua tahun ini menderita kerana kehilangan kau. Tunang yang selalu setia menunggu kau. Tunang yang selalu berharap kau akan kembali.
Fara: Dia bukan Galang.
Raka: Dia Galang!



Raka: Dan dia adalah tunang Kirana. Satu saat dia akan sedar dan masa itu dia akan tinggalkan awak. Dia akan kembali ke sisi Kirana kerana tempat Galang memang di sisi Kirana. Apa kau tak dapat lihatkah pengorbanan Kirana? Dia itu sangat mencintai kau. Dia mencintai kau dengan sepenuh hati. Sanggupkah kau melihat dia terus menderita?
Galang: Maafkan aku. Aku tak dapat menjanjikan apa-apa. Mungkin dulu aku pernah mencintai Kirana. Tapi sekarang yang ada di hati aku cuma Fara. Aku tak dapat mencintai Kirana. Aku selalu rasa takut kehilangan Fara. Aku selalu merindui dia. Aku selalu cemas sama Fara. Maafkan aku Kirana. Aku tak boleh biarkan kau terlalu banyak berharap. Aku tak boleh berada di samping kamu. Aku tak dapat rasakan getaran masa berhadapan dengan kau. Getaran cinta yang aku rasaa cuma untuk Fara.



Jono berasa lega kerana Jono akhirnya memilih Fara dan memutuskan untuk kembali ke kampung bersama Farah.

Kirana berasa amat kecewa dan patah hati dan pergi dari situ dengan kesedihan. Raka mengejar Kirana. Kirana minta Raka melupakannya kerana dia tidak akan dapat memberi apa-apa pun kepada Raka. Kata Kirana, sebahagian dari dirinya telah mati dan hilang bersama Galang.


Kirana: Kalau kamu ada terus di sisi aku, aku cuma akan terus-menerus menyakiti kamu dan kamu itu terlalu berharga untuk disakiti. Kamu terlalu baik untuk aku, Raka.


Kirana yang berasa begitu kehilangan Galang mengurung diri di kamar.

Aida dan Sita risaukan keadaan Kirana meminta Baim untuk menghiburkan Kirana. Akhirnya Baim berjaya membuat Kirana tersenyum semula.


Benny menerima panggilan daripada Linda yang bertanyakan tentang khabar mengenai Raka.

Benny: Tadi dia pulang sebentar tetapi dia terus ke rumah Pak Imran pula.
Linda: Terima kasih Pak Benny.
Benny: Ya, sama-sama, bu.

Selepas itu Linda kata pada dirinya:
Linda: Bukannya nak bercakap dengan mamanya tapi pergi ke rumah Imran pula. Otak Raka sudah diracuni semua orang. Termasuk papanya yang lemah itu.




Kirana: Kenapa Galang, susah sangat aku nak melupakan kau.


Baim masuk ke pejabat Kirana dan dia ternampak bingkai foto Galang yang telah pecah. Baim tidak dapat berkata apa-apa.


Courtesy of Towards The Shinystar

0 Response to "SINETRON CINTA KIRANA - SINOPSIS KHAS EPISODE 32"

Posting Komentar

Labels

MISS WORLD 2010 CINTA KIRANA KEMILAU CINTA KAMILA 2 (BERKAH RAMADHAN) Tayong Dalawa ALISA KETIKA CINTA BERTASBIH SPESIAL RAMADAN PUTRI YANG DITUKAR FILIPINO DRAMA: STAIRWAY TO HEAVEN KOREAN DRAMA: The Scarlet Letter 주홍글씨 红字 KOREAN DRAMA: Don't Know Her 여자를 몰라 不懂女人 KOREAN DRAMA: Mischievous Kiss 恶作剧之吻 KOREAN DRAMA: Sungkyunkwan Scandal / 성균관 스캔들 / 成均馆绯闻 KOREAN DRAMA: Dong Yi 同伊 MERTUA DAN MENANTU KOREAN DRAMA: Please Marry Me 결혼해주세요 和我結婚吧 KOREAN DRAMA: Definitely Neighbors KOREAN DRAMA: Gloria 荣耀之歌 KOREAN DRAMA: Life is Beautiful 人生是美丽的 KOREAN DRAMA: My Girlfriend is a Nine-Tailed Fox 我的女友是九尾狐 KOREAN DRAMA: I AM LEGEND 나는 전설이다 我是传说 ENGLISH DRAMA: The Vampire Diaries Season 2 吸血鬼日記 第2季 KOREAN DRAMA: Baker King KOREAN DRAMA: Doctor Champ (닥터챔프) / 医生冠军 KOREAN DRAMA: Fugitive : Plan B 逃亡者 KOREAN DRAMA: Giant 巨人 KOREAN DRAMA: Kim Soo Ro 김수로 金首露 ENGLISH DRAMA: Fringe Season 3 危機邊緣 ENGLISH DRAMA: CSI: Crime Scene Investigation 11 犯罪現場調查 第十一季 ENGLISH DRAMA: Desperate Housewives Season 7 絕望的主婦第7季 ENGLISH DRAMA: Glee Season 2 歡樂合唱團第二季 ENGLISH DRAMA: Smallville Season 10 超人前傳第十季 ENGLISH DRAMA: Supernatural Season 6 神秘力量 第六季 ENGLISH DRAMA: Grey's Anatomy Season 7 實習醫生格蕾第七季 JAPANESE DRAMA: Gold JAPANESE DRAMA: Hammer Session 震撼鮮師 JAPANESE DRAMA: Hotaru no Hikari Season 2 萤之光2 JAPANESE DRAMA: Natsu no Koi wa Nijiiro ni Kagayaku 虹色夏恋 KOREAN DRAMA: Dae Mul / 대물 / 大物 KOREAN DRAMA: Flames of Ambition 欲望的火花 KOREAN DRAMA: Golden Fish 黄金鱼 KOREAN DRAMA: Three Sisters 三姐妹 ENGLISH DRAMA: White Collar Season 2 妙警贼探 第二季 HEALTH AND FOOD JAPANESE DRAMA: Mioka 美丘 KOREAN DRAMA: More Charming by the Day 越看越美丽 MISS GLOBE 2010 MISS UNIVERSE 2010 SAFA DAN MARWAH AMERICA'S GOT TALENT SEASON 5 American's Next Top Model Season 14 Débora Lyra skip brajil 2010 ENGLISH DRAMA: True Blood Season 3 真愛如血第3季 ENGLISH MOVIE: A Nightmare on Elm Street 新猛鬼街 ENGLISH MOVIE: Resident Evil Afterlife 生化危機4:來生 ENGLISH MOVIE: SALT 叛谍狂花 JAPANESE MOVIE: Liar Game: The Final Stage 诈欺游戏:最后的舞台 Lie to Me Season 2 MISS AMERICAN CONTINENT 2010 MISS DOMINICAN REPUBLIC US 2010 MISS FRIENDSHIP INTERNATIONAL 2010 MISS ITALY 2010 MISS SAMAO 2010 MISS TOURISM QUEEN INTERNATIONAL 2010 MISS UNIVERSE 2011 MISTER WORLD 2010 MUSIC AND SONGS THAILAND DRAMA: Striving For A Sun