SINETRON CINTA KIRANA - SINETRON KHAS EPISODE 18

blogger templates

SINETRON CINTA KIRANA - SINETRON KHAS EPISODE 18

Raka gembira melihat kebahagiaan Choky bersama Nadira. Dia terkenangkan Kirana yang telah memberi amaran padanya agar tidak ganggu dia dan keluarganya lagi. Suara hati Raka berkata: Kirana saya tak pernah mencampuri hidupmu. (towards the shinystar)Aku cuma nak bayar kesalahanku.Aku tahu aku bersalah dan aku ingin menolongmu. Meskipun aku tahu itu semua tak cukup untuk membayar semua yang terjadi yang telah menimpa kau dan keluarga kau.


Kirana sedar bahaw Raka memang seorang yang baik, Raka telah mendakwa Riana untuk mengembalikan wang Galang tapi itu semua tidak akan membuat Kirana memaafkan Raka dan pendiriannya tetap sebab pada Kirana apa jua yang dilakukan oleh Raka tidak akan dapat mengembalikan Galang. Kirana menangis kesedihan. (towards the shinystar)

Baim terus menjauhkan dirinya dari Kirana. Apabila ibunya pesan sesuatu ke tempat kerja untuk Kirana, Baim menolak dengan alasan dia terpaksa bekerja di bengkel. Ada kereta yang dia kena uruskan. Kata Baim lagi dia cuma akan menganggu kerja Kirana sekiranya dia ke sana. Surti tanya Baim kenapa dia terus menghindari Kirana. Bukankah Baim telah melamar Kirana. Surti minta anaknya mengejar Kirana. Sekiranya dia gigih pasti Baim akan mendapat cinta Kirana. Tetapi menurut Baim makin sering dia menemui Kirana dia semakin terseksa. Jadi dia berasa senang apabila Kirana telah mendapat kerja paling tidak dia mempunyai alasan untuk menjauhi diri dari Kirana. Baim minta diri daripada ibunya untuk ke bengkel.

Kirana dapat rasakan perubahan sikap Baim terhadapnya namun begitu, dia berusaha untuk tidak mengambil kisah tentang hal itu.




Benny memberitahu Raka dia telah menyiasat di mana Kirana bekerja. Kirana menjadi pengasuh di Daerah Kebayuran.

Benny: Isterinya bernama Sofiah dan suaminya Anuar. Anuar itu adalah seorang lelaki hidung belang. Dan dia sama sekali tidak mempunyai pekerjaan. Mas Raka harus segera memberitahu Kirana. Jangan sampai sesuatu yang tidak diingini berlaku. (towards the shinystar)
Raka: Tolong tetap awasi keluarga itu.
Benny: Baik, mas. Nanti saya akan memberi laporan selanjutnya.


Kirana mendapati kedua orang anak yang dijaganya masih belum sembuh dari batuk dan masih kurang sihat. Mereka memberitahu Kirana bahawa ibu mereka sudah beli ubat untuk mereka tetapi mereka masih belum sembuh. Kirana risaukan keadaan mereka.



Widya enggan menerima Choky sebagai calon menantunya. Dia melarang Nadira keluar. Widya tahu Nadira ingin bertemu dengan Choky. Kata Widya Choky tidak sesuai untuk anaknya.

Nadira: Jadi siapa yang sesuai untuk Nadira, Raka? Walaupun dia tidak mencintai saya? Walaupun dia tak pernah ambil berat tentang Nadira.
Nadira terus beredar dari situ.
Widya: Nadira, mama belum habis cakap.


Papa Nadira: Ada apa ini?
Widya: Anak abang itu, masa dia mahu keluar rumah diam-dia. Lagipun saya sangat hairan kenapa dia boleh suka pada Choky. Kita harus secepatnya menemui Linda dan dia harus jelaskan kejadian semalam.
Papa Nadira setuju dengan Widya dan mereka bercadang untuk bertemu dengan Linda untuk penjelasan.



Widya: Kami ke sini untuk mendapat jawapan yang jelas atas keputusan dan sikap Raka pada Nadira. Terus terang kami rasa begitu dimalukan. Seandainya Raka tak suka pada Nadira kan dia boleh beritahu kami sebelum ini. Tak perlu buat cara bodoh macam semalam. Ini betul-betul tindakan bodoh yang dilakukan oleh orang paling bodoh di dunia.
Linda: Saya juga tidak tahu harus bicara apa lagi sama kalian. (towards the shinystar)
Widya: Mungkin kamu berfikir bahawa Nadira tidak sesuai untuk Raka. Tapi sekarang kami yang fikir Raka yang tidak sesuai untuk Nadira. Awak memang tak ada fikiran. Awak beritahu anak awak, ya? Jangan pernah dia mempermainkan orang lain. Pasti satu masa nanti dia yang akan dipermainkan.

Widya dan suaminya terus meninggalkan pejabat Linda.

Linda kata pada dirinya semua yang terjadi disebabkan oleh Raka. Sebab Raka, keluarga Nadira berani cakap macam-macam pada dia. Linda berasa marah memikirkan tentang Raka.



Linda menelefon Imran, papa Raka dan berkata dia telah merosakkan hidupnya lagi. Imran tanya apa yang dimaksudkannya. Kata Linda bahaawa Imran telah menanamkan idea yang salah dalam kepala Raka, anaknya.

Linda: Awak telah menghasut dia. Awak sedar tak?
Imran: Raka itu tidak mencintai Nadira. Jadi kenapa awak nak paksa? Saya yakin perkara itu akan menyeksa Raka, Linda.
Linda: Awak tidak perlu berlagak tahu.
Imran: Saya tahu, Lin. Sebab saya pernah mengalaminya. Kalau awak memaksa Raka, awak akan kehilangan dia selama-lamanya.
Linda: Kalau saya sampai kehilangan anak saya, semuanya kerana awak, salah awak.



Riana dan Sandra pergi menemui Linda dan Sandra memberitahu Linda bahawa anak Linda sudah melaporkan mereka kepada polis dan kini akaun Riana sudah dibekukan. Katanya anaknya sudah lama berpasangan dengan Galang dan wang itu diberikan kepada Riana lama sebelum Galang mengenali sebelum gadis miskin (Kirana) datang dan merosakkan semuanya. Katanya gadis miskin itu telah merebut Galang daripada anaknya, Riana dan kini Raka pula membantu Kirana. Sandra minta Linda bertindak sebelum semuanya terlambat.

Sandra meminta supaya Linda melakukan sesuatu agar anaknya, Raka tidak membuat pengaduan terhadap mereka lagi. Sandra dan Riana fikirkan rancangan mereka akan berjaya.


Kirana membantu Opi daripada terus dipukul oleh penjahat . Opi yang tersentuh dengan kebaikan Kirana, memutuskan untuk menjadi teman Kirana kerana telah menolongnya.

Di rumah, Linda menyuruh anaknya menjauhi Kirana.

Linda: Tadi mama bertemu dengan Riana dan Ibu Sandra. Kamu kenal siapa mereka? Mereka ingatkan mama supaya kau menjauhi gadis bernama Kirana.
Raka, Ma, mama jangan percaya begitu saja pada mereka. Mereka itu bagaikan ular berkepala dua. Mereka rela buat apa saja yang mereka mahu.
Linda: Mama tidak peduli siapa mereka. Mama cuma peduli sama kamu. Mama minta kau jangan campur urusan budak kampung itu.
Raka: Ma... aku cuma bantu Kirana sebab dia dah ditipu oleh mereka.
Linda: Kenapa kau selalu bantah cakap mama?




Linda: Mama minta kamu jangan terlibat dalam masalah ini. Yang penting, kau kena jauhi gadis pembawa malang bernama Kirana itu. Kau faham tak?


Raka pada dirinya: Berani Riana dan mamanya ke sini jumpa mama. Mereka tak akan berhenti sehingga keinginan mereka tercapai. Jadi sekarang mereka mahu lawan aku?




Special thanks and credits to TOWARDS THE SHINY STAR

0 Response to "SINETRON CINTA KIRANA - SINETRON KHAS EPISODE 18"

Posting Komentar

Labels

MISS WORLD 2010 CINTA KIRANA KEMILAU CINTA KAMILA 2 (BERKAH RAMADHAN) Tayong Dalawa ALISA KETIKA CINTA BERTASBIH SPESIAL RAMADAN PUTRI YANG DITUKAR FILIPINO DRAMA: STAIRWAY TO HEAVEN KOREAN DRAMA: The Scarlet Letter 주홍글씨 红字 KOREAN DRAMA: Don't Know Her 여자를 몰라 不懂女人 KOREAN DRAMA: Mischievous Kiss 恶作剧之吻 KOREAN DRAMA: Sungkyunkwan Scandal / 성균관 스캔들 / 成均馆绯闻 KOREAN DRAMA: Dong Yi 同伊 MERTUA DAN MENANTU KOREAN DRAMA: Please Marry Me 결혼해주세요 和我結婚吧 KOREAN DRAMA: Definitely Neighbors KOREAN DRAMA: Gloria 荣耀之歌 KOREAN DRAMA: Life is Beautiful 人生是美丽的 KOREAN DRAMA: My Girlfriend is a Nine-Tailed Fox 我的女友是九尾狐 KOREAN DRAMA: I AM LEGEND 나는 전설이다 我是传说 ENGLISH DRAMA: The Vampire Diaries Season 2 吸血鬼日記 第2季 KOREAN DRAMA: Baker King KOREAN DRAMA: Doctor Champ (닥터챔프) / 医生冠军 KOREAN DRAMA: Fugitive : Plan B 逃亡者 KOREAN DRAMA: Giant 巨人 KOREAN DRAMA: Kim Soo Ro 김수로 金首露 ENGLISH DRAMA: Fringe Season 3 危機邊緣 ENGLISH DRAMA: CSI: Crime Scene Investigation 11 犯罪現場調查 第十一季 ENGLISH DRAMA: Desperate Housewives Season 7 絕望的主婦第7季 ENGLISH DRAMA: Glee Season 2 歡樂合唱團第二季 ENGLISH DRAMA: Smallville Season 10 超人前傳第十季 ENGLISH DRAMA: Supernatural Season 6 神秘力量 第六季 ENGLISH DRAMA: Grey's Anatomy Season 7 實習醫生格蕾第七季 JAPANESE DRAMA: Gold JAPANESE DRAMA: Hammer Session 震撼鮮師 JAPANESE DRAMA: Hotaru no Hikari Season 2 萤之光2 JAPANESE DRAMA: Natsu no Koi wa Nijiiro ni Kagayaku 虹色夏恋 KOREAN DRAMA: Dae Mul / 대물 / 大物 KOREAN DRAMA: Flames of Ambition 欲望的火花 KOREAN DRAMA: Golden Fish 黄金鱼 KOREAN DRAMA: Three Sisters 三姐妹 ENGLISH DRAMA: White Collar Season 2 妙警贼探 第二季 HEALTH AND FOOD JAPANESE DRAMA: Mioka 美丘 KOREAN DRAMA: More Charming by the Day 越看越美丽 MISS GLOBE 2010 MISS UNIVERSE 2010 SAFA DAN MARWAH AMERICA'S GOT TALENT SEASON 5 American's Next Top Model Season 14 Débora Lyra skip brajil 2010 ENGLISH DRAMA: True Blood Season 3 真愛如血第3季 ENGLISH MOVIE: A Nightmare on Elm Street 新猛鬼街 ENGLISH MOVIE: Resident Evil Afterlife 生化危機4:來生 ENGLISH MOVIE: SALT 叛谍狂花 JAPANESE MOVIE: Liar Game: The Final Stage 诈欺游戏:最后的舞台 Lie to Me Season 2 MISS AMERICAN CONTINENT 2010 MISS DOMINICAN REPUBLIC US 2010 MISS FRIENDSHIP INTERNATIONAL 2010 MISS ITALY 2010 MISS SAMAO 2010 MISS TOURISM QUEEN INTERNATIONAL 2010 MISS UNIVERSE 2011 MISTER WORLD 2010 MUSIC AND SONGS THAILAND DRAMA: Striving For A Sun